dua puluh lapan, bulan empat :)



hello hello readers , today iyka layan movie Penunggu Istana .
Filem pertama Paranormal di Malaysia.
so, cepat cepat la serang panggung berhampiran dengan tempat anda :)

Sinopsis Filem PENUNGGU ISTANA Di Pawagam Mulai 21 April 2011

Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.

Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

MISTERI ISTANA BILLAH TERJAWAB DALAM FILEM PENUNGGU ISTANA

Pada 2010, lima pelajar cuba merungkai misteri di sebalik kejadian aneh dan menyeramkan yang dikaitkan dengan sebuah rumah tua di Papan, Perak yang dikenali sebagai Istana Billah.

Di rumah berusia lebih 100 tahun yang terbiar tidak berpenghuni itu, mereka yang dibantu kumpulan pengkaji entiti paranormal, Seekers, menyusuri cerita di sebalik musibah yang menimpa sekumpulan krew sebuah produksi TV, “Warkah Terakhir” setahun sebelumnya.

Pengalaman yang sepatutnya melengkapi kajian bagi kertas projek mereka dalam mendapatkan keputusan cemerlang, sebaliknya berubah menjadi catatan sebuah perjalanan yang mengerikan. “Penunggu Istana” adalah cantuman daripada pita rakaman terakhir mereka.

Naratifnya dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Cantuman footage amatur yang difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Bilah itu cuba mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

Uncle Seekers yang mengetuai kumpulan Seekers, menjadi tempat rujukan dalam usaha mencari bukti-bukti kewujudan makhluk halus ini yang dikatakan punca di sebalik kejadian menyeramkan yang menyelubungi Istana Bilah.

Bagi pelajar tadi, keanehan yang dialami di rumah berkenaan dengan kejadian mistik, bunyi-bunyi misteri dan penurunan suhu mendadak yang dikatakan petunjuk mengenai kehadiran makhluk halus, bagaimanapun tidak mencukupi.

Keghairahan dan ketamakan untuk meraih perhatian, dikatakan menguasai sebahagian pelajar. Berbekalkan peralatan yang ditinggalkan kumpulan Seekers, mereka meneruskan kajian di rumah berkenaan.

Dengan ketaksuban mereka mencari jawapan untuk merungkai kejadian-kejadian aneh istana tersebut akhir membawa kepada pelbagai konflik yang makin bercelaru pada tujuh hari terakhir mereka terperangkap.
 

akhirnyaaa, ini yang terjadi ( ! )



turut disertakan
elia atika & noor zulaikha


coretan ikhlas dari ,
Me ♥ Si Cantik ♥

No comments: