Andainya Lelaki Tahu ^^

thanks kaka pieja sebab post entry nie.
CREDIT TO PUTRI sebab copy dari dia.
andainya lelaki tahu .. 
apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya
andainya lelaki tahu .. 
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah . tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu
andainya lelaki tahu ..
apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah makna dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh . tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas . tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat .
andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik . bukan untuk dirinya tapi untuk masa depan anda
andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dia tidak sayang . tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian . kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi . naluri keibuan sangat kuat . dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda .
andainya lelaki tahu .. 
apabila peremnpuan merajuk , jangan kata dia mengada ngada . dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen . tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuat perempuan rasa dihargai .
andainya lelaki tahu .. 
apabila perempuan jarang mengatakan 'i love you' , itu tidak bermaksud dia tidak menyintai . tetapi dia mahu lelaki itu merasa sendiri cintanya bukan hanya hadir dari kata kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .
andainya lelaki tahu .. 
apabila perempuan kata dia rindu sama kamu , dia benar benar maksudkannya . apabila berjauhan , bayangmu akan sentiasa bermain di mata
andainya lelaki tahu .. 
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu . dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya .  walaupon sememangnya kamu lah yang terbaik di hatinya . selagi dia dengan kamu , percayalah walaupon perempuan mengangap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya , tetapi di hatinya kamu tetap terbaik .
andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan menjadi degil , dia bukan bermaksud menjadi degil . tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengar kerenahnya . percayalah hati perempuan itu sangt lembut . andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat .
andainya lelaki tahu ..
apabila perempuan berkata 'tolong tinggalkan saya! ' dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya . dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari anda semula . itu tandanya dia benar benar menyintai anda . perempuan sukar untuk mengawal perasaan . dia terlalu emosional . tetapi dia lah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan diri anda .
andainya lelaki tahu .. 
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang sangat tersendiri . tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
andainya you baca entry nie, i want you  know something.
i really miss you Capital S .
i love you bie =.=
please take care dear !


No comments: